Thursday, 26 September 2013

Kursus I-Think Sekolah Rendah


Pada hari ini kumpulan SISC+ PPD Kota Kinabalu telah berjaya menganjurkan kursus I-Thnik dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah di Sekitar Kota Kinabalu. Pendedahan guru kepada kaedah pengajaran I-Think ini diharap dapat menjadi wadah berguna kepada warga pendidik dalam memastikan pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa sesi pembelajaran di bilik darjah. Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu membudayakan KBAT dalam kalangan pelajar di negara ini agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pelajar luar negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Hasrat murni ini merupakkan salah satu agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah dilancarkan baru-baru ini. 


Kehadiran yang menggalakkan dalam kalangan guru sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu


Perbincangan kumpulan


Sesi bengkel dan pembentangan kumpulan berjalan dengan lancar


Sesi penutupan I-Think


Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Malawa khususnya kepada Guru Besar En. Judin Diana kerana telah menyediakan tempat bagi perlaksanaan kursus ini. Beliau juga telah sudi hadir semasa majlis penutupan. Terima kasih juga kepada semua guru yang hadir demi ilmu untuk anak bangsa. 

p/s:



Tuesday, 24 September 2013

Sekolah Dalam Resort


SMK Pulau Gaya satu-satunya sekolah dalam Resort yang terletak di daerah Kota Kinabalu. Untuk sampai ke sekolah ini hanya lebih kurang 7 minit diperlukan menaiki bot laju daripada jeti Jesselton Point.

Pemandangan keseluruhan sekolah

Sangat sesuai dengan gelaran sekolah dalam resort

Setiap tahun mereka menerima kunjungan yang agak kerap daripada pihak luar. Pada tahun 2012 sekumpulan pelajar dan guru dari negara Jepun turut datang melawat.



Kunjungan SISC+ dalam  program "mentoring" dan "coaching" diterima baik oleh guru-guru dan pihak pentadbir khususnya Pengetua En. Che Rose Bin Bakar.



p/s: Semoga sikap positif guru-guru di sekolah ini bakal menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah.

Monday, 23 September 2013

CIRI BILIK DARJAH KONDUSIF


Bilik darjah merupakan ruang yang sangat penting di sekolah. Ruang ini boleh dikatakan sebagai medan ilmu kerana di sinilah PdP berlangsung. Meskipun tidak dinafikan bahawa PdP boleh dilaksanakan di pelbagai tempat mengikut kesesuaian bagaimanapun bilik darjah masih menjadi ruangan utama PdP. Berikut beberapa ciri asas bilik darjah yang kondusif:-

  1. Bersih
  2. Ceria
  3. Teratur
  4. Menarik perhatian murid
  5. Memotivasikan murid
  6. Terdapat pelbagai bahan bantu belajar
  7. Ada ruang untuk tingkatkan potensi pelajar - cth: sudut bacaan
Bagi menyediakan bilik darjah yang terlalu hebat mungkin banyak kekangan, bagaimanapun untuk memastikan 7 eleman asas di atas dipatuhi bukanlah satu masalah. Pastinya kesungguhan dan kreativiti guru bakal memastikan bilik darjah yang kondusif.


******


Kunjungan kami ke SMK Teknik Likas mendapati ciri asas tadi rata-rata telah dipenuhi. Tahniah kepada warga sekolah.

Salah sebuah bilik darjah di SMK Teknik Likas Kota Kinabalu



Friday, 20 September 2013

Q&A SISC+ Peranan dan Fungsi


Apa itu SISC+? 
School Improvment Specialist Coaches +
Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Pegawai SISC+ ini akan mendapat latihan berterusan dalam memantapkan lagi ilmu pedagogi dan kurikulum. Mereka ini ditugaskan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah (khususnya sekolah berprestasi rendah) iaitu dalam band 6 dan 7.


Apa perbezaan SISC dan SISC+?
Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.


Bagaimana SISC+ dapat menjadi agen mengupaya JPN dan PPD?
Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah. 




Apakah peranan SISC+?
  1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
  2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
  3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah (setelah berbincang bersama guru dan pentadbir sekolah yang terlibat)
  4. Membimbing sejumlah guru (antara 15-20 orang guru) untuk tempoh sebulan.